Tazkirah Hari Ini....

Kejayaan

74413564 2577382438996854 4635737272644272128 o

 

Satu pertandingan inovasi iaitu INTERNATIONAL SCIENCE AND SOCIAL SCIENCE INNOVATION COMPETITION (i-SIC) 2019 anjuran Academic International Dialogue (AID Conference) telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan pada 20 November 2019. Dua kumpulan daripada Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Sultan Idris Shah telah menyertai pertandingan tersebut dan telah meraih Pingat Perak.

TAHNIAH diucapkan!

Berikut adalah senarai nama pelajar dan pensyarah yang terlibat:

  • 1. Tajuk Projek : VR EZ ARABIC APP
    Penyelia Projek : Pn. Noorashikin Binti Nazir
    Nama Pelajar:
    i. Muhammad Hairulanwar Bin Zainuddin
    ii. Muhammad Zakwan Bin Mhd Sidek
    iii. Muhammad Aiman Bin Ab Halim
  • 2. Tajuk Projek : MYJAWI
    Penyelia Projek : Ts. Nurul Zakiah Binti Kasnun
    Nama Pelajar :
    i. Muhammad Azihar Bin Asrum
    ii. Muhammad Harith Syazmin Bin Safazli

 

Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM 2019) di PICC telah berlangsung pada 19 Nov 2019, Selasa bertempat di Putrajaya International Convention Center (PICC) 

Seorang pelajar JPH, Nur Atikah Binti Rosli telah berjaya merangkul pingat Gangsa bagi kategori bidang Bakery. Pertandingan ini telah diadakan di UiTM Pulau Pinang pada 10-13 Oktober 2019 yang lalu. Keputusan pertandingan telah diumumkan sebentar tadi di MATEPM2019 dan dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB M. Kula Segaran.

Kategori bidang Bakery tiada pemenang bagi pingat Emas & Perak. Jurulatih bidang Bakery yang banyak berusaha dan menjadi tulang belakang kejayaan pelajar ini ialah Pn Norhidayah Yunus dan Pn Dahlia. Jutaan tahniah diucapkan kepada Jurulatih, Peserta serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung disebalik kejayaan Nur Atikah Binti Rosli ini.  Semoga kejayaan ini menjadi contoh dan ikutan positif kepada semua pelajar PSIS dimasa akan datang.

tgn emas

 

Pertandingan Polyskills 2019 yang telah berlangsung dari 16 hingga 19 September 2019 yang lalu di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Seramai 18 orang pelajar PSIS telah menyahut cabaran dalam lapan(8) bidang iaitu Stenography, Bricklaying, Pastry, Bakery, Electronics, Restaurant Service, Tourism dan Carving.

Berikut adalah kutipan pingat yang telah berjaya dikumpul oleh pasukan PSIS

1. Electronics: Gold
2. Pastry: Gold dan Silver
3. Bakery: Gold dan Silver
4. Restaurant Service: Gold dan Silver
5. Carving: Silver

4 Gold dan 4 Silver

PSIS sekali lagi berjaya membawa pulang gelaran JUARA KESELURUHAN PolySkills 2019. Tahniah diucapkan

 

Poliskills2019

buildnbreak2015Pertandingan ini adalah merupakan satu program anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam yang akan berlangsung pada 7-8 Oktober 2015. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS dalam dan luar negara.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan PSIS yang berjaya mendapat tempat Ke - 2 bagi Kategori  Design  dan tempat Ke - 3 bagi Ketegori Strength.

Berikut adalah laporan penuh Pertandingan International Build and Break 2015

Food hotel bannerFood & Hotel, Thailand 2015 (FHT) merupakan pameran makanan, peralatan dan perkhidmatan dalam bidang makanan di Thailand. Acara ini dijalankan setiap tahun dan menghimpunkan semua pemain industri perkhidmatan makanan dari Thailand dan seluruh dunia. Acara yang berprestig ini yang telah dihadiri lebih kurang 10,000 orang pengujung dari secara dunia yang terdiri dari pembekal, pemborong, peruncit, peniaga dan pengguna dari industri perkhidmatan makanan dunia.

Salah sebuah aktiviti popular yang dijalankan ialah Thailand International Culinary Cup 2015 (TICC) . Pelbagai acara kulinari dipertandingkan dan antaranya masakan berasaskan daging kambing, daging lembu, itik, ayam, karangan laut, ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran, ukiran ais, pameran pencuci mulut dan banyak lagi.

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com