Tazkirah Hari Ini....

Kejayaan

ikip2015 1IACC dianjurkan oleh IKIP Advance Skill Centre di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah, Pahang, yang berlangsung dari 08 – 10 Jun 2015. Acara ini dijalankan setiap 2 tahun ini menghimpunkan semua bakat-bakat chef muda dalam pelbagai acara kulinari. Acara yang berprestij ini yang telah dicemar duli oleh KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Bte Al-marhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj yang juga selaku Juri Diraja. Pertandingan ini juga diendos oleh World Associate Chef Society (WACS) atau Gabungan Persatuan Chef Dunia dan mempelawa semua chef muda antarabangsa untuk menyertainya.

Disamping itu juga, acara ini diadili oleh chef yang berpengalaman dalam bidang kulinari dari negara Malaysia, China, Thailand, Jerman, India dan Kanada yang meneliti aspek-aspek seperti tahap kesukaran, kesesuaian persembahan, kebersihan dan kreativiti.

Berkat latihan yang dibuat dan kajian yang terperinci dilakukan sebelum pertandingan dibuat, PSIS Berjaya merangkul 2 pingat emas dan sebutir pingat perak. Lebih manis, pelajar semester 1, Ahmat Mirza telah merangkul pingat emas tersebut yang menjadi pentunjuk bahawa, banyak lagi kejayaan yang boleh dirangkul dalam tempoh pengajian beliau.

 

Tahniah juga diucapkan kepada pensyarah pengiring : 

  1. Shahrizal bin Ahmad Selo
  2. Nurull Hayati binti Latif
  3. Mohd Yusof bin Yaakob

Berikut adalah laporan penuh IKIP ASIAN CULINARY CUP (IACC) 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,FIRAipoh

Butiran Aktiviti :
i. Tempat : Politeknik Ungku Omar (PUO)
ii. Bil. Peserta : 26 pelajar Politeknik , 12 pelajar Sekolah Menengah
iii. Bil. Pegawai Pengiring : 10 orang Pensyarah,
    3 orang Guru Sekolah
iv. Bilangan kategori : 6 kategori iaitu :
     (SimuroSot ,MiroSot, AndroSot, Robosot, HuroCup, Mybot)

Berikut adalah Laporan Pertandingan 8TH FIRA MALAYSIA CUP 2015 

Tahniah diatas Kejayaan yang diperolehi.

icompex15Pertandingan Inovasi ini telah berlangsung dari 24 Mac 2015 hingga 26 Mac 2015 bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. Sebanyak 768 penyertaan dalam 9 kelas dipertandingkan di peringkat Kebangsaan terdiri daripada Sekolah Rendah dan Menengah, Universiti Awam, IPTA, IPTS, Kolej Komuniti, Politeknik , ILP , IKBN dan pelbagai agensi Kerajaan.

Bilangan Penyertaan PSIS bagi pertandingan Inovasi edisi 2015 adalah sebanyak 15 penyertaan iaitu 5 Projek Pelajar, 5 Projek Pensyarah dan 5 Pembentangan Poster. Rombongan PSIS terdiri daripada 10 orang pelajar dan 25 orang pensyarah yang bersemangat kental dalam menyertai pertandingan peringkat kebangsaan yang kali ketiga diadakan sejak 2013. Penyertaan pada kali ini keseluruhannya amat memberangsangkan.

Laporan Penuh iCompex'15

 

 

 

POLYSKILL 2PERTANDINGAN KEMAHIRAN POLITEKNIK KPM 2015 (POLYSKILLS) dianjurkan adalah untuk memilih wakil pelajar politeknik yang berpotensi untuk mewakili Politeknik Malaysia ke ASEAN Skills Competition (ASC) dan World Skills Competition (WSC).

Polyskill2015 yang telah berlangsung dari 17 Mac 2015 hingga 20 Mac 2015 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan menyaksikan penyertaan dari Politeknik seluruh Malaysia. Pertandingan ini melibatkan 9 kategori, antaranya Mechanical Engineering - CAD, Electronics, Geomatic Competition, Welding, Mechatronics, Electrical Installation, Decorative Painting, Stenography dan Brick Laying.

Politeknik Sultan Idris Shah telah menghantar seramai 2 orang pelajar bagi kategori Electronics dan 3 orang pelajar dalam kategori stenography. Bagi Kategori Stenography, sebanyak lima (5) politeknik yang bertanding iaitu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Kuantan), Politeknik Sultan Idris Shah (Selangor), Politeknik Mersing Johor (Johor), Politeknik Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (Perlis), yang mana keseluruhannya disertai oleh 18 orang peserta.

 Laporan Penuh POLYSKILLS

MTE
Sejak penubuhannya pada tahun 2001, Malaysia Technology Expo (MTE) telah berkembang menjadi expo ciptaan dan inovasi yang utama di Malaysia dan antarabangsa. Ia adalah acara tahunan dengan lebih daripada 500 pameran ciptaan inovasi dan menjadi platform kepada para pengiat industri dan akademik mempromosikan sekali gus memasarkan produk inovasi mereka. MTE 2015 adalah yang ke 13 kalinya di anjurkan dengan mengiktiraf inovasi terbaik melalui anugerah-anugerah yang dipertandingkan. Politeknik Sultan Idris Shah buat kali keduanya melalui Unit Penyelidikan dan Inovasi  telah menghantar 5 produk bagi dua kategori iaitu:

  1. Invention & Innovation Awards 2015
  1. Asian Youth Innovation Awards 2015

             

Berikut adalah ringkasan termasuk keputusan penganugerahan bagi kedu-dua kategori yang disertai.

BIL PRODUK KETEGORI PERTANDINGAN ANUGERAH JABATAN PROGRAM PELAJAR
 1 Larvicidal & Pupacidal Of 
Moringa Oleifera
(Seeds & Peefs) Essential Oil 
against Mosquito SP
Invention & Innovation 
Awards 2015
BRONZE  JKA DAS

SYADIYAH BINTI SUTAN MENDARO
17DAS11F2027

SITI NUR AINI BINTI MORSED
17DAS12F1075

MOHD AMINUR IHKWAN BIN ZAINAL ARIS
17DAS11F2031

Penyelia:


Pn. Azzah Syahmina Binti Azman
En. Mohd Zamri Bin Jamaludin

2 ID Returning and 
Borrowing System
Invention & Innovation 
Awards 2015
 BRONZE JKE DEP 

MUHAMMAD FIKRI BIN MOD NAPIS
17DEP12F1031

Penyelia:

En. Muhammad Khairi Bin Saad
En. Shahrizan Bin Mohd Razali

3 Apps Basic Japanese 
Phrase Book
Asian Youth Innovation 
Awards 2015
 BRONZE JTMK DIP 

SAPINATUNNAJAH BINTI YAZID
17DIP12F1019

NURAMIRA SHAFINAZ BINTI ZULAILEE
17DIP12F1026

Penyelia:

En. Azrol Hisham Bin Mohd Adham

Video Conferencing
For JTMK
Asian Youth Innovation 
Awards 2015
BRONZE  JTMK  DNS 

MUHAMMAD NURSHAFIQ BIN HASHIM
17DNS11F2039

MUHAMMAD AZRI SYAZWAN BIN ABDUL AZIZ
17DNS11F2033

Penyelia:

Pn. Ku Siti Aishah Binti Ku Abdul Hamid

Apps Kisah Tauladan Asian Youth Innovation 
Awards 2015
 BRONZE JTMK DIP 

ELIDA NURFARIHIN BINTI ABDULLAH
17DIP12F1031

HELENA BINTI MASRI
17DIP12F1044

 Penyelia:

En. Khalid Bin Deris

 Klik Sini Untuk Muat Turun Laporan MTE 2015

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com