Tazkirah Hari Ini....

MPECTahniah diucapkan kepada pasukan PSIS yang telah berjaya menjadi Juara serta Naib Juara bagi Pertandingan Gerai Jualan dan Tempat Ketiga Bagi Cabaran Catur Bistari  ketika menyertai Karnival Technopreneur Politeknik Zon Tengah 2013 yang berlangsung pada 18 hingga 20 September

di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak Darul Ridzuan . Karnival ini telah dianjurkan oleh Malaysia Polytechnic Entrepreneurship Center (MPEC) 

Karnival ini diadakan untuk membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif, mendedahkan pelajar dalam bidang pengurusan perniagaan yang berdaya saing serta menyebarluaskan rangkaian jaringan dan kolaborasi perniagaan dengan jabatan kerajaan, agensi, industri dan komuniti setempat.

 

Karnival ini telah disertai oleh politeknik zon tengah iaitu:

• Politeknik Sultan Azlan Shah
• Politeknik Ungku Omar
• Politeknik Sultan Idris Shah
• Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
• Politeknik Metro Kuala Lumpur
• Politeknik Banting

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang karnival adalah gerai jualan, pameran keusahawanan, pameran agensi, seminar keusahawanan dan kursus-kursus keusahawanan. PSIS telah menyertai pertandingan gerai jualan dan cabaran catur bistari.

Pencapaian Pertandingan Gerai Jualan:

• JOHAN KATEGORI GERAI JUALAN GERAI WAFFLELICIOUS (PSIS)
• NAIB JOHAN KATEGORI GERAI JUALAN GERAI CRISPYLICIOUS (PSIS)

Pegawai Pengiring : PN NOR FA'ALINA BINTI ABU HASSAN

 

Pencapaian Cabaran Catur Bistari Politeknik Zon Tengah:

• TEMPAT KETIGA KATEGORI KUMPULAN NILAI ASET TERTINGGI PSIS
• KATEGORI INDIVIDU PERTAMA LALUAN TIJARAH NOR AIZA FATIN MOHD ROZALI (PSIS)

Pegawai Pengiring :EN MOHD AZMI BIN MH BUSRA

 

Gambar Sekitar Karnival Berlangsung :

IMG 5070 1

IMG 5040 1

IMG 5056 1

IMG 5081 1

IMG 4948 1

IMG 4952 1

IMG 4905 1

 

Disediakan oleh:

MOHD AZMI BIN MH BUSRA
Pegawai Keusahawanan
Unit Keusahawanan
Politeknik Sultan Idris Shah
019-6673710

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com