Tazkirah Hari Ini....

 

Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM 2019) di PICC telah berlangsung pada 19 Nov 2019, Selasa bertempat di Putrajaya International Convention Center (PICC) 

Seorang pelajar JPH, Nur Atikah Binti Rosli telah berjaya merangkul pingat Gangsa bagi kategori bidang Bakery. Pertandingan ini telah diadakan di UiTM Pulau Pinang pada 10-13 Oktober 2019 yang lalu. Keputusan pertandingan telah diumumkan sebentar tadi di MATEPM2019 dan dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB M. Kula Segaran.

Kategori bidang Bakery tiada pemenang bagi pingat Emas & Perak. Jurulatih bidang Bakery yang banyak berusaha dan menjadi tulang belakang kejayaan pelajar ini ialah Pn Norhidayah Yunus dan Pn Dahlia. Jutaan tahniah diucapkan kepada Jurulatih, Peserta serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung disebalik kejayaan Nur Atikah Binti Rosli ini.  Semoga kejayaan ini menjadi contoh dan ikutan positif kepada semua pelajar PSIS dimasa akan datang.

tgn emas

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com