Tazkirah Hari Ini....

ika logo eAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.

IKA Culinary Olympic (ICO), 2016 diadakan empat tahun sekali yang mana ia merupakan pertandingan terbesar di dalam bidang kulinari yang dianjurkan oleh Persatuan Chef Jerman. Pertandingan ini ditawarkan kepada setiap negara melalui persatuan chef negara masing-masing. IKA Culinary Olympics, German 2016, Official Website.

Pelbagai disiplin kulinari dipertandingkan seperti masakan, pameran, ukiran buah-buahan dan sayursayuran dan lain-lain lagi. Pertandingan ini juga, menghimpun chef chef handalan di seluruh dunia yang mewakili negara masing masing dari pelbagai acara bagi mendapatkan pengiktirafan dari World Associate Chef Society (WASC). 

Politeknik Sultan Idris Shah(PSIS) diwakili oleh Mohd Yusof bin Yaakob bagi Acara Pameran Ukiran Buah-buahan dan Amali Individu manakala Shahrizal bin Ahmad Selo dalam Acara Pameran Sayur-sayuran.

Dalam acara pameran, PSIS bersaing bersama 805 penyertaan dari pelbagai bahan seperti Cis, Chocolate, Gula dan lain-lain lagi. Dalam acara amali individu pula Yusof bersaing bersama 85 pengukir dari seluruh dunia.

Untuk laporon penuh pertandingan ini, sila muat lihat LAPORAN PENYERTAAN PSIS DI IKA CULINARY OLYMPIC 2016, JERMAN, 22-25 OKT 2016.

Saksikan Temubual Selamat Pagi Malaysia TV1 pada 7 November 2016 bersama pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) iaitu En. Mohd Yusof bin Yaakob dan En. Shahrizal bin Ahmad Selo bersama rakan mereka En. Shahrizan Md Eser dan En. Muhammad Haziq Hazwan Ruslin yang mewakili Malaysia dalam IKA Olimpik Kulinari di Erfurt, Jerman.


*Credit to Muhammad Khairi for uploading this video on youtube

csm banner startseite e

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com