AGIHAN KUPON MAKANAN BAGI PROGRAM BANTUAN PELAJAR LUAR KAMSIS “PSIS PEDULI” SESI JUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Exco Penempatan Luar, Majlis Perwakilan Pelajar PSIS akan mengadakan program Bantuan Pelajar Luar KAMSIS “PSIS PEDULI”. Melalui Program ini, setiap pelajar yang tinggal diluar KAMSIS akan diberikan Kupon makanan bernilai RM50 seorang.

3.     Sehubungan itu, semua pelajar yang terlibat perlu mendapatkan kupon makanan masing-masing yang akan diagihkan mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh    : 18 Oktober 2018 (Khamis)
Masa     : 9.00 pagi - 12.30 Tengahari
Tempat : Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)

4.     Kupon makanan ini hanya sah digunakan untuk pembelian makanan di kafeteria pentadbiran, kafeteria Asrama, dan Kooperasi Politeknik Sultan Idris Shah antara 22 Oktober sehingga 2 November 2018.

5.     Diharap maklumat ini dapat disampaikan kepada para pelajar di bawah jagaan tuan/puan. Kerjasama tuan/puan berkenaan perkara tersebut amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

 

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(ABD RASHID B. MOHD ALI )
Samb : 6258
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

JHEP/KEBAJIKAN PELAJAR