Tazkirah Hari Ini....

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

classroom

Adalah dimaklumkan bahawa Lapor Diri Pelajar Senior, Pelajar Tangguh & Pelajar Pindah Sesi Jun 2020 untuk pelajar yang layak meneruskan pengajian selepas keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2019 diumumkan adalah seperti berikut:-

 

Tarikh Mula Pendaftaran : 18 Julai 2020 
Hari : Sabtu

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar PSIS dibenarkan untuk datang ke PSIS untuk tujuan rasmi seperti:- 

 Surat Kebenaran Pelajar Memasuki PSIS Untuk Tujuan Rasmi

a) Pengambilan barang peribadi di Kolej Kediaman

b) Pemulangan kunci bilik di Pejabat Kolej Kediaman

c) Pemulangan buku di perpustakaan

d) Urusan denda terus di Unit Kewangan

e) Urusan peperiksaan di Unit Peperiksaan

f) Urusan latihan industri di Unit Perhubungan dan Latihan Industri

g) Urusan pengambilan sijil MUET di Jabatan Pengajian Am

h) Lain-lain urusan rasmi

 

Bagi pelajar yang ingin berurusan di PSIS, hendaklah mengisi borang saringan kesihatan untuk diri sendiri dan waris yang hadir. Borang tersebut bolehlah dimuat turun disini. Borang Saringan Kesihatan.

 

 Pelajar yang ingin datang berurusan perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar kita sama-sama dapat membendung dari penularan wabak COVID-19. Peta laluan bolehlah dirujuk dibawah.

 

Peta Laluan Ambil Barang Kolej Kediaman 

Klik Gambar Untuk Paparan Penuh

 

 

 

 

 

 

buku panduan pendaftaran sesi jun2020

Perhatian kepada semua bakal pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (Sesi Jun 2020) bagi kemasukan pada bulan Ogos ini. Maklumat pendaftaran pelajar baharu sudahpun dikemaskini. Maklumat tersebut boleh diperolehi melalui pautan dibawah:- 

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera, Pelajar yang dikasihi.
 
KAJIAN TINJAUAN KESEDIAAN PEMBELAJARAN DIGITAL PELAJAR POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI
 
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan, susulan daripada Mesyuarat Pendigitalan Sektor Pengajian Tinggi (Digitalization of Higher Education) pada 29 Mei 2020 lalu, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) akan melaksanakan Kajian Tinjauan untuk mendapatkan maklumat pelajar bagi menilai kesediaan pembelajaran digital terhadap pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti. Sehubungan dengan itu, dipohon para pelajar menjawab soalan Kajian Tinjauan tersebut. Pautan berkaitan dengan Kajian Tinjauan adalah seperti berikut:
 

https://www.surveymonkey.com/r/readinessjppkk

 
3. Kerjasama dan keprihatinan para pelajar berhubung perkara ini adalah amat dihargai.
 
Sekian, Terima Kasih
Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com