Tazkirah Hari Ini....

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

 robofest

SHAH ALAM 29 - 31 Mac 2019 - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah telah menghantar 3 orang pelajar bagi menyertai ASEAN ROBOFEST 2019 bagi kategori Skills Challenge (Electronic) sebagai persediaan mengharungi Pra World Skill Malaysia Belia (WSMB) 2019. Bertempat di Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4, Shah Alam, program anjuran Persatuan Penggerak Latihan Kemahiran Negara atau ringkasnya MAHIR  dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Alumni World Skills Malaysia dan Kelab Robot Darul Ehsan ini berjaya menarik minat 145 pasukan daripada 52 institusi serta membabitkan penyertaan dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina. 

roboteam

Kepulangan PSIS Roboteam disambut oleh Dato' Ketua Pengarah JPPKK.

 

TAICHUNG 5 – 13 Ogos 2018 – PSIS Roboteam menggalas tanggungjawab mewakili kontinjen Politeknik Malaysia bagi tiga kategori iaitu Simurosot, Robosot dan Androsot ke Kejohanan 23rd FIRA Roboworld Cup 2018 yang berlangsung di Feng Chia University, Taichung, Taiwan. Seramai 5 orang pegawai dan 11 orang pelajar PSIS mewakili negara ke kejohanan tersebut.

IMG 2039

TPSA, KJKE, para pensyarah pembimbing dan pelajar menunjukkan Piala Pusingan FIRA Malaysia Cup yang kini milik PSIS.

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lokasi :
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com