RAPTAI KONVOKESYEN
RAPTAI KONVOKESYEN
Para Lulusan dikehendaki untuk mematuhi perkara-perkara berikut bagi melancarkan perjalanan Raptai Konvokeysen:
Menghadiri RAPTAI pada masa, hari dan tarikh yang telah ditetapkan. Lulusan yang tidak hadir untuk raptai atau pun datang lewat pada hari raptai tidak dibenarkan menyertai Majlis ini.
Mengesahkan kehadiran Raptai Konvokesyen di kaunter pendaftaran mengikut jabatan masing-masing.
Mengemukakan dokumen berikut ketika berurusan di kaunter Kajian Pengesanan Graduan:
Salinan slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan.
ATAU
Borang Graduan Belum Bekerja yang telah lengkap di isi
Mengemukakan Borang Pemulangan / Peminjaman Jubah (2 salinan) yang telah lengkap di isi di kaunter Jubah. Memastikan borang tersebut telah dicop oleh Unit Pengesanan Graduan.
Mematuhi Peraturan Rupa Diri dan Etika Pakaian ketika berurusan di kaunter.
Rupa Diri dan Etika Pakaian Lulusan LELAKI
Memakai baju sama ada :
Kemeja (lengan panjang/pendek) dan Seluar Slack
ATAU
T-Shirt berkolar (lengan panjang/pendek) dan Seluar Slack
Memakai kasut bersarung yang bersesuaian untuk majlis rasmi
Rupa Diri dan etika Pakaian Lulusan PEREMPUAN
Pakaian mestilah:
Pakaian yang tertib, bersih, kemas, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam)
Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.
Dilarang memakai pakaian yang menjolok mata (contohnya pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang).
Memakai kasut bersarung yang bersesuaian untuk majlis rasmi
MAJLIS KONVOKESYEN
MAJLIS KONVOKESYEN
Para Lulusan dikehendaki untuk mematuhi perkara-perkara berikut bagi melancarkan perjalanan Majlis Konvokesyen:
Mematuhi Peraturan Rupa Diri dan Etika Pakaian Majlis Konvokesyen yang ditetapkan seperti berikut pada hari Majlis konvokesyen.
LULUSAN LELAKI :
Memakai baju sama ada:
Baju Melayu cekak musang berwarna hitam berbutang lengkap dan bersampin.
ATAU
Baju kemeja berlengan panjang (tanpa corak), bertali leher hitam atau blue black, memakai kot hitam atau blue black dan seluar slack berwarna hitam atau blue black.
Kasut yang bersesuaian untuk majlis rasmi, berwarna hitam dan berstoking. Kasut sukan atau yang seumpama dengannya TIDAK DIBENARKAN.
Lulusan yang beragama Sikh hanya dibenarkan memakai ‘turban’ yang berwarna hitam.
Lulusan tidak dibenarkan memakai bow tie.
Lulusan hendaklah berambut pendek (tidak mencecah kolar baju serta tidak menutupi telinga dan dahi), kemas, tidak berwarna dan pacak. Sebarang bentuk potongan rambut yang berfesyen TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
Kasut hendaklah berwarna hitam / gelap yang bertutup di bahagian depan dan belakang. Kasut yang bertapak platform atau yang berladam logam yang berbunyi bising adalah TIDAK DIBENARKAN.
LULUSAN PEREMPUAN
Pakaian lulusan wanita mestilah;
Baju tradisional atau pakaian labuh. Kadar labuh ialah menutup hingga ke paras buku lali @ ankle length dan tidak ketat. Pakaian hendaklah berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan dan tanpa belah di bahagian kaki.
Baju tersebut hendaklah yang bertutup hingga ke pangkal leher di bahagian hadapan dan belakang.
Pakaian yang berbentuk seluar adalah dilarang kecuali pakaian kebangsaan masyarakat Punjabi.
Lulusan juga boleh memakai Blouse putih dan skirt hitam labuh yang menutup hingga ke paras buku lali.
Pakaian dan jenis kain yang jarang dan ketat adalah dilarang.
Bagi lulusan Muslim, sila pakai tudung tanpa corak.
Bagi lulusan Bukan Muslim, sila pastikan rambut dalam keadaan kemas dan tidak berwarna.
Kasut hendaklah berwarna hitam / gelap yang bertutup di bahagian depan dan belakang. Kasut yang bertapak platform atau yang berladam logam yang berbunyi bising adalah TIDAK DIBENARKAN.
PERATURAN DALAM DEWAN
♠ Ibubapa/ tetamu graduan yang tiba selepas Majlis bemula (Perarakan besar lulusan), tidak dibenarkan memasuki dewan
♠ Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan
♠ Ibubapa/tetamu graduan tidak dibenarkan untuk membawa masuk jambangan bunga ke dalam dewan konvokesyen
♠ Sebarang pergerakan keluar masuk ibubapa/tetamu lulusan ketika majlis sedang berlansgsung tidak digalakkan
♠ Ibubapa/tetamu lulusan tidak dibenarkan mengambil gambar lulusan semasa majlis konvokesyen sedang berlangsung
♠ Ibubapa/tetamu lulusan diminta berpakaian rasmi seperti berikut:-
IBUBAPA/TETAMU
PAKAIAN TETAMU LELAKI
Baju kebangsaan / Batik, atau
Pakaian rasmi. ( Seluar jeans, selipar dan t-shirt tanpa kolar tidak dibenarkan )
PAKAIAN TETAMU WANITA
Baju kebangsaan / Batik, atau
Pakaian rasmi atau pakaian sopan. ( Seluar jeans, selipar dan t-shirt tanpa kolar tidak dibenarkan )