Tahniah para graduan…!!
Sebelum anda bergraduasi anda diminta untuk mengisi Sistem Kajian Pengesanan Graduan ini. Terlebih dahulu anda perlu tahu Sistem ini hanya dibuka pada 8/7/2019
Apa itu bekerja?
Bermaksud anda mempunyai sesuatu pekerjaan sama ada bekerja sendiri, bekerja dengan keluarga atau bekerja dengan pihak lain dan mendapat ganjaran/upah daripada pekerjaan itu.
Apa itu tidak bekerja?
Sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu pekerjaan yang boleh menghasilkan sebarang upah. Tidak mempunyai maklumat pekerjaan seperti maklumat majikan, pendapatan dan sebagainya. Termasuk graduan yang tidak bekerja kerana melanjutkan pengajian
♦ Sekiranya anda BEKERJA sila klik pautan berikut:-
http://graduan.moe.gov.my/TVET/Default.aspx
Setelah selesai menjawab anda dikehendaki mencetak slip SKPG sebagai bukti anda telah menjawab.
♦ Sekiranya anda TIDAK BEKERJA sila Klik pautan ini:-
Sila cetak slip jawapan yang telah dihantar ke alamat email anda sebagai bukti anda menjawab.
Tatacara menjawab Sistem Kajian Pengesanan Graduan
- Sekiranya anda Bekerja sila tekan pautan ini http://graduan.moe.gov.my/TVET/Default.aspx
- Jawab semua soalan.
- Setelah selesai menjawab anda perlu mencetak slip Sistem Kajian Pengesanan Graduan.
Tatacara menjawab borang atas talian Tidak Bekerja
- Sekiranya anda tidak bekerja sila tekan pautan ini http://bit.ly/Tidakbekerja
- Jawab semua soalan
- Setelah selesai menjawab anda perlu mencetak jawapan yang telah dihantar ke alamat email yang telah didaftarkan semasa menjawab.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah mahupun pertanyaan boleh berhubung dengan Pegawai SKPG
Nama pegawai: Pn. Muslimah bte Mustakim
No. telefon: 03-32806297/ 0195086402
e-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.