Tazkirah Hari Ini....

Ruj. Kami : PSIS/700-1/6 (61)
                Tarikh       :  30 April 2019

   “JEMPUTAN”
Kepada,
Semua Lulusan
Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor Darul Ehsan

 

MAJLIS KONVOKESYEN PSIS KE-14, 2019

 

TAHNIAH di atas kejayaan anda menamatkan pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah.

1. Dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah bagi Lulusan Sesi Jun 2018 akan diadakan di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah, mengikut ketetapan berikut:

          Tarikh     : 13 Julai 2019 (Sabtu)
          Masa       : 8.00 pagi
          Lokasi     : Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor

 

Susunan lulusan mengikut jabatan dan sidang Majlis Konvokesyen seperti di Lampiran 1

 

2.Lulusan yang MENGHADIRI majlis ini dikehendaki mematuhi arahan-arahan berikut:

  1. MEMBUAT BAYARAN di Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah RM220.00 dengan menggunakan slip bayaran atas nama :-

          KOPERASI – KONVOKESYEN PSIS (NO AKAUN BIMB : 12056-01-0027135).

    Bayaran juga boleh dibuat melalui mesin CDM (Cash Deposit Machine), ATM atau BIMB Internet Banking. Bayaran boleh dibuat mulai pada
    2 Mei 2019 (Khamis). Tarikh akhir bayaran adalah pada 8 Julai 2019 (Isnin).  Sila rujuk Bayaran dan Kaedah Bayaran (Bayaran Konvokeseyen)  untuk mengelakkan sebarang kesilapan.

  2. Membuat SEMAKAN KEHADIRAN GRADUAN melalui i-Konvo di laman web psis.edu.my. Tarikh akhir pengesahan kehadiran adalah 9 Julai 2019 (Selasa). Pengesahan kehadiran selepas tarikh tersebut TIDAK DIBENARKAN menyertai majlis ini walaupun telah menjelaskan bayaran.  Sistem i-Konvo akan mula diaktifkan mulai 2 Mei 2019 (Khamis).

  3. Menghadiri RAPTAI pada masa, tarikh dan hari yang telah ditetapkan. Lulusan yang tidak hadir untuk raptai atau pun datang lewat pada hari raptai TIDAK DIBENARKAN menyertai majlis ini.

  4. Mematuhi Tatasusila Majlis Konvokesyen  yang telah ditetapkan. (Rujuk Tatasusila Majlis Konvokesyen di pautan ini)

 

3. Lulusan yang TIDAK HADIR majlis ini dikehendaki mematuhi arahan-arahan berikut:

  1. MEMBUAT BAYARAN di Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah RM110.00 dengan menggunakan slip bayaran atas nama:-

         KOPERASI – KONVOKESYEN PSIS (NO AKAUN BIMB : 12056-01-0027135)

    Bayaran juga boleh dibuat melalui mesin CDM (Cash Deposit Machine), ATM atau BIMB Internet Banking. Bayaran boleh dibuat mulai pada 2 Mei 2019 (Khamis). Sila rujuk Bayaran Konvokesyen untuk mengelakkan sebarang kesilapan.

  2. Membuat SEMAKAN KEHADIRAN GRADUAN (selepas 24 jam membuat pembayaran) melalui i-Konvo di laman web psis.edu.my. Sistem i-Konvo akan mula diaktifkan mulai 2 Mei 2019 (Khamis).

 

 4. Lulusan yang BEKERJA/BEKERJA SEMENTARA/BEKERJA SENDIRI SAMA ADA IKUT BIDANG atau TIDAK MENGIKUT BIDANG, MELANJUTKAN PENGAJIAN, MENINGKATKAN KEMAHIRAN, MENUNGGU PENEMPATAN PEKERJAAN diwajibkan mengisi borang Kajian Pengesanan Graduan 2019 secara online di laman web http://graduan.mohe.gov.my/v/ mulai 6 hingga 13 Julai 2019. Arahan ini digunapakai kepada lulusan yang akan menghadiri atau tidak menghadiri konvokesyen.

 

5. Lulusan yang TIDAK BEKERJA tidak dibenarkan sama sekali mengisi borang Kajian Pengesanan Graduan IPTA, IPTS dan Politeknik 2019 secara online. Lulusan adalah dikehendaki memuat turun dan melengkapkan Borang Graduan Belum Bekerja. Arahan ini digunapakai kepada lulusan yang akan menghadiri atau tidak menghadiri konvokesyen.

 

 Sekian, dimaklumkan.

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

           

(HAIRULANUAR BIN ROSMAN)

Pengerusi
Jawatankuasa Pengurusan & Pemandu Graduan
Majlis Konvokesyen ke-14
Politeknik Sultan Idris Shah
Selangor Darul Ehsan

Hubungi Kami di :
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH,
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : +603-32806200 | Fax : +603-32806400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lokasi :
Kami mengamalkan sistem pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015
ISO MQA 2015
Go to top
JSN Boot template designed by JoomlaShine.com